Product DCL - Set Asas 5p

Product DCL Terdiri daripada Set Asas 5p

Apakah kaedah 5P?
Kaedah 5P terdiri daripada Pencucian, Pembakaran, Penyingkiran, Pembinaan dan Pembetulan CNS.
Apakah kesan kesihatan dan kecantikan yang diperolehi daripada penggunaan kaedah 5P?
Antaranya :-

a) Mengoptimakan penjanaan kesihatan dan kecantikan
b) Mengoptimakan rawatan penyakit
c) Mengoptimakan kesan penggunaan lain-lain produk kesihatan dan kecantikan serta ubatan yang diambil
d) Mengurangkan kesan (Healing Crisis) (kesan pemulihan)
e) Penyakit-penyakit mampu ditangani secara berkesan seperti sembelit, resdung, pembengkakan kelenjar tiroid, sawan tarik, tenaga seks, demam kuning, luka-luka dalam perut, sakit sendi, sakit pinggang, lemah anggota badan, system pernafasan, kencing tidak tos, batu karang, lebihan kolestrol
f) Kesan kecantikan yang diperolehi adalah :-
- Membantu supaya tercapai tindakan membina sel-sel awet muda
- Membantu menurun dan mengawal berat badan
- Menghasilkan seri kulit (wajah ceria)

Langkah 1 - Pencucian (Inte-Cleanse)
HARGA WM: RM48.00 EM: RM53.00 BRU: $27.50 S'PORE: $26.00
MAL 20020213T
Sistem pertahanan tubuh menurun adalah disebabkan oleh tabiat pemakanan yang tidak seimbangdan tercemar di mana mengakibatkan usus menjadi kotor dan bertoksid yang menyebabkan gangguan penyerapan makanan. Usus bertoksid akan menyebabkan darah bertoksid, manakala darah bertoksid akan menyebabkan pengangkutan zat-zat makanan dan oksigen tergugat dan boleh menyebabkan kesihatan terganggu. Colon yang bersih akan memperbetulkan penyerapan secara maksima segala zat-zat makanan, nutrisi dari produk kecantikan dan kesihatan yang diambil. Inte-cleanse sangat berkesan untuk membantu membersihkan masalah dalaman, sekaligus membantu melancarkan pembuangan najis. Hasilnya usus akan bersih daripada kotoran lama. Ini akan menambah kesan penyerapan zat-zat makanan dan vitamin di lumen usus. Kesan laxative ini juga membantu mengurangkan toksid daripada tubuh, seterusnya membantu mengimbangkan tekanan darah. Inte-cleanse juga boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan tubuh yang menawan.

Langkah 2 - Pembakaran (Ry-Ilex)
HARGA WM: RM58.00 EM: RM65.00 BRUNEI: $34.00 S'PORE: $31.00
MAL 20031882T

Sangat berkesan membersih dan melancarkan perjalanan darah serta bertindak membersih, membina buah pinggang dan membersih saluran kencing. Membantu mobilisasi lemak, mengelakkan pertambahan lemak dan kolestrol, serta membantu meningkatkan metabolisma lemak. Juga amat baik untuk mencuci rahim wanita/system peranakan. Ramuan herba ajaib ini amat berkesan bertindak sebagai antioksidan dan mencegah penuaan sel.

Langkah 3 - Penyingkiran (Oxy Pi d'ionik)

HARGA WM: RM3.95 EM: RM4.60 BRUNEI: $2.30 S'PORE: $2.20
KKM 163(52/W/11)
Asid urik, fosfat dan keracunan makanan akan didetoksifikasi melalui penyerapan jisim air yang halus ke tisu-tisu yang kemudiannya akan membantu pemecahan dan pembuangan bahan-bahan toksid yang terkumpul dalam badan.

Langkah 4 - Pembinaan (Madu Amazing)

HARGA WM: RM45.50 BRUNEI: $ 23.50 S'PORE: $22.50
Menyumbang kepada pembinaan kesihatan yang baik. Mampu memberi tenaga segera, stamina dan daya fakir. Kombinasi kristal gamat sangat berkesan menyembuh luka-luka dalam badan dan pembedahan serta mampu dengan berkesan memulihkan fungsi system peranakan. Adunan ekstrak buah tin, zaitun dan kismis yang kaya dengan zat besi semulajadi amat baik untuk kuatkan struktur dalaman. Penting bagi mereka yang menghadapi masalah penyakit darah. Sangat baik untuk diamalkan oleh penghidap arthritis, jantung berlubang dan lumpuh.

Langkah 5 - Pembetulan CNS (Dbrain/Ebrain)
HARGA WM: RM39.50 EM: RM41.50 BRUNEI: $21.00 S'PORE: $20.80
Setiap manusia adalah doctor yang terbaik untuk dirinya. Namun disebabkan pencemaran makanan, udara dan terapi dadah serta penggunaan bahan awet dan pewarna makanan menyebabkan fungsi otak sebagai pusat kawalaturan saraf terjejas dan tidak dapat mengenalpasti punca sebenar penyakit seterusnya menurunkan system pertahanan badan semulajadi. D-brain/E-brain yang diperkayakan dengan kali phos dapat membantu meningkatkan fungsi CNS. Cara mengamalkan set 5P. Amalkan Inte-cleanse, Amazing, Ry-Ilex, D-brain/E-brain dan Oxy Pi d'ionik pada waktu yang sama. D-brain atau E-brain diambil 2 biji sebelah malam. Setelah mengamalkan selama 10 hari, amalkan produk D-Bless pula.

Cara mengamalkan set 5P:
Amalkan Inte-cleanse, Amazing, Ry-Ilex, D-brain/E-brain dan Oxy Pi d'ionik pada waktu yang sama. D-brain atau E-brain diambil 2 biji sebelah malam. Setelah mengamalkan selama 10 hari, amalkan produk D-Bless pula.

Email azah_aziz70@yahoo.com.my
call/sms 0136159805 untuk pesanan

Inte Cleanse





• Digunakan secara tradisional untuk membersih dan membina usus, melawaskan pembuangan najis, melegakan sembelit, menurunkan berat badan (obesity), stress, metabolisma rendah, penghadaman dan paras hormon rendah

• Inte-Cleanse berfungsi membersihkan usus dengan mengeluarkan sisa-sisa najis yang tertinggal didalam usus besar walaupun sesaorang itu mampu membuang air besar mengikut kekerapan biasa (sekali / dua kali sehari).

• Pengambilan Inte-Cleanse sebaiknya 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam.Jangan melebihi 4 kapsul. Digalakkan meminum air kosong sebanyak termampu kerana proses pembersihan memerlukan banyak air.

• Kesannya bermula selepas 7 - 8 jam pengambilan. Akan kerap ke tandas, 3, 4, atau 5 kali dalam masa 24 jam. Jika lebih dari itu bermakna terdapat banyak toksid didalam colon. Jangan bimbang, itu kesan tindakan biasa.

• Pengambilan Inte-Cleanse tidak menyebabkan perut memulas dan tidak terlalu mencirit sehingga tidak sempat ke tandas. Resanya seperti biasa dan lancar.

• Inte-Cleanse mengeluarkan lemak di dalam usus dan dapat membantu menurunkan berat badan. Menurunkan berat badan bukanlah fungsi utama pengambilan Inte-Cleanse.

• Pengambilan Inte-Clanse untuk 5 hari sahaja dan ulang pengambilan, selepas 3 atau 6 bulan sekali.
Traditionally used to improve bowel movement and relieve constipation and helps to reduce body weight.

Bahan Kandungan :-
Radix Rheum Palmatum,
Folium Cassia Acutifolia,
Folium Aloe Barbadensis Extract,
Radix Aucklandia Lappa,
Radix Scutellaria Baicalensis,
Rhizoma Alisma Orientalis (Sam.) Juzep
HARGA WM: RM48.00 EM: RM53.00 BRU: $27.50 S'PORE: $26.00KOS PENGHANTARAN : RM5.50
20 KAPSUL MAL 20020213T

Jus Bidadari






Kekal Cantik, Sihat dan Berkeyakinan

Khasiat:-
Senggugut,Keputihan,Mengecutkan Rahim dan Otot Faraj,Menyempitkan Faraj,Menguatkan Sistem Kemutan,Kuatkan tenaga Seksual,Menegangkan Payu Dara,Wanita Lepas Bersalin, Kesihatan Menyeluruh.(Produk paling Laris)

RM53 Sebotol

Sekali Cuba Pasti Tersenyum dan Nak Beli lagi...:)

Bukan Mudah Untuk Jadi Seorang Wanita.
Anda Tidak Keseorangan.
Jus Bidadari dicipta untuk kesihatan menyeluruh dan keanggunan wanita sejati. Di rumus khas oleh mereka yang arif tentang keperluan seorang wanita. Hanya Jauhari yang mengenal manikam. Tidak syak lagi, inilah sesuatu yang selama ini diimpikan oleh setiap wanita.


Produk yang mesti dimiliki minuman bernutrisi tinggi, sangat baik untuk remaja dan wanita terutamanya bagi yang telah berumah tangga. Bidadari mampu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan paling utama ia sangat berkesan untuk membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

BIDADARI adalah minuman berfungsi mewah untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan hidup alam rumah tangga. Dikomposisikan dengan bahan-bahan semulajadi mewah yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kaedah rawatan di alam Melayu.
Madu Asli
Sireh
Akar Serapat
Kacip Fatimah
Kurma
Manjakani
Serai
Jarum Mas
Asam Jawa
Herba-herba Terpilih

Keistimewaan Jus Bidadari:
Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
Membantu mengatasi masalah senggugut.
Membina rahim.
Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
Menyegarkan otot faraj.
Menyempitkan faraj.
Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
Menambah kolegen dalam badan.
Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
Melegakan panas badan.
Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
Membekalkan tenaga segera.
Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan.

Oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin.

Cara Pengambilan Jus Bidadari:
2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan
Selepas sebulan, minum Jus Bidadari 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh Jus Bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya
Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan Jus Bidadari.
Gunakan sudu plastik – kerana Bidadari adalah produk berasaskan homeopati
HARGA Bukan Ahli: RM53 (250 ml)

Amaran:
Bidadari tidak boleh diambil oleh :-
1) Lelaki
2) Wanita mengandung
3) Semasa datang haid

Antara soalan dan jawapan berhubung pengambilan produk BIDADARI :-

Soalan :-
Bilakah waktu terbaik untuk mengambil BIDADARI jika bersalin operation?
Jawapan:-
Selepas 3 hari bersalin operation sudah boleh mula mengambil BIDADARI

Soalan :-
Bilakah waktu terbaik untuk mengambil BIDADARI semasa waktu pantang
bersalin secara normal?

Jawapan :-
Waktu yang PALING SELAMAT untuk mengambil bidadari selepas bersalin
secara normal adalah selepas 3 minggu bersalin untuk mengelakkan dari
berlakunya pendarahan yang banyak. Waktu 3 minggu selepas bersalin
adalah waktu-waktu penghujung nifas, jadi, adalah sesuai untuk minum
BIDADARI untuk mengeluarkan saki-baki darah kotor yang ada dan waktu
itu, tubuh badan sudah mula pulih dan agak kuat untuk menerima apa jua
bentuk pemulihan.

Soalan :-
Seawal usia berapa tahun boleh mengambil BIDADARI?

Jawapan :-
Bidadari boleh diminum seawal usia 13 tahun lagi..Tiada kesan buruk
terhadap si pemakan disebabkan ianya adalah produk pemakanan bukan
ubat-ubatan.
ini adalah kerana pada usia 10 tahun, kanak-kanak itu sedang menuju ke
alam remaja dan akan melalui proses menjadi orang dewasa. Kadar
sukatan untuk kanak-kanak 10 tahun ini adalah 1 sudu kecil setiap
hari. Apakah kebaikan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak ini dari
pengambilan bidadari?
a) baik untuk minda
b) baik untuk otot-otot
c) dapat membersihkan segala kekotoran dalam rahim semasa dalam proses
ke arah kedewasaan atau tempoh sebelum datang bulan
d) mencantikkan payudara
e) mengelakkan dari terkena penyakit keputihan

Soalan :-
Bolehkah BIDADARI membantu untuk mendapatkan zuriat?

Jawapan :-
BIDADARI boleh memperbaiki sistem rahim dan menguatkan rahim. Ianya
juga berkesan dalam perhubungan suami/isteri, ini secara tidak
langsung dapat membantu dalam hubungan kelamin dan mengeratkan
hubungan suami/isteri. Pengambilan BIDADARI beserta Nu-Age adalah
dicadangkan untuk membantu anda mendapatkan zuriat.

Cara pengambilan :-
2 sudu makan, 2 kali sehari, waktu pagi dan malam. Sebaik-baiknya
jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan untuk kesan yang
lebih efektif.

Jangan simpan bidadari dalam peti sejuk.

Gunakan sudu plastik.

Jangan minum bidadari semasa datang haid dan mengandung.

HARGA RM53 (WM)

D-brain & E-brain



Dbrain
Sejarah
D-brain dan E-BRAIN adalah makanan berfungsi yang memberi nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak untuk membangunkan fungsi sel-sel otak. Berasal dari negara German yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Reckeweg (Pharmazeutische Fabric & Co. Gmbh. Bensheim Germany). Product ini telah dijual formulasinya kepada De Classic Manufacturing (M) Sdn. Bhd. untuk pasaran negara-negara Asia.

Latarbelakang D~Brain
• D-brain adalah makanan otak yang diformulakan oleh pakar perubatan homeopati yang terkenal (Prof. Sir Dr. Nik Omar). Terbukti berkesan menyuburkan otak (meningkatkan fungsi sel otak) dengan menggalakkan rami saraf aksomatik dan aksodendritik pada sel (neuron) otak, seterusnya meningkatkan proses pengawalaturan Central Nerve System (CNS).

• Di Malaysia, tablet d-brain dan E-BRAIN ditambah fungsinya. Secara asanya diformulasikan berasaskan susu kambing atau susu unta dan glukosa serta gabungan garam tisu. Ia tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan tubuh seperti dadah, steroid dan bahan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan apabila diambil secara berpanjangan. Ini bermakna ia selamat digunakan walaupun diambil secara berlebihan.

• Media yang berasaskan susu unta/susu kambing yang digunakan amat berkesan untuk pembinaan tulang, menguatkan otot, meningkatkan fungsi hati dan pembinaan sel-sel darah. Gabungan garam-garam tisu biokimia triturate seperti kalsium fosfat, kalium fosfat dan magnesium fosfat yang terdapat dalam juzuk yang tetap dalam D-brain akan menyuburkan otak.

D-BRAIN dan E-BRAIN Peningkatan IQ & Tumbesaran Prima
• Rumusan homeopathy yang diformulakan oleh pakar perubatan homeopathy terbukti berkesan memberi faedah kepada kecemerlangan kesihatan dan peningkatan IQ serta tumbesaran kanak-kanak. Sesuai dimakan untuk semua peringkat umur

• Antara keistimewaan d-Brain & E-BRAIN
Mencerdaskan minda
Menguatkan daya ingatan
Menambah daya kreativiti
Menambah daya tenaga mental
Mewujudkan ketenangan fikiran
Mengatasi masalah bertutur/berjalan
Membantu tumbesaran primaMeningkatkan selera makan
Masalah telinga berbunyi
Meningkatkan sistem immunisasi tubuh dan menjadi lelaki sejati bagi orang lelaki dewasa serta membantu mengurangkan masalah morning sickness (alahan semasa mengandung )

Madu Amazing




MADU AMAZING
merupakan satu lagi product kesihatan dari DCL yang dapat membantu membina kesihatan badan dan mengurangkan lemak dalam tubuh. Amazing juga memberikan tenaga segera akibat kehilangan tenaga kesan daripada proses penurunan berat badan/diet.

Selain itu ia juga baik untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin dengan membantu menyembuhkan luka akibat proses melahirkan. Amazing juga sesuai untuk mereka yang mengalami asma/lelah dan tidak meninggalkan kesan sampingan seperti mengantuk mahupun ketagihan. Juga untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi, otot, reumatik, artristis dan anta-radang, buasir, resdung serta melancarkan peredaran darah.

Produk istimewa yang dikomposisikan dengan 9 ramuan semulajadi Madu Asli, Kismis, Buah Tin, Kurma Merah, Habbatus Sauda, Buah Zaitun, Dong Quai, Dang Shen, Ubi Jaga dan lain-lain herba terpilih yang diilhamkan daripada kitab-kitab perubatan tradisional mampu membina imunisasi badan dan membina kembali usus. Gabungan herba-herba terpilih di dalamnya boleh diambil oleh yang menghidapi masalah gastrik, luka dalam perut dan pembedahan, asma, kelesuan dan batu karang untuk yang bermasalah.

AMAZING juga membantu
1. Menyembuhkan luka2 pembedahan dan luka2 lain di dalam perut
2. Ibu yang lepas bersalin di mana ianya memulihkan fungsi sistem peranakan
3. Ianya sesuai diamalkan oleh mereka yang bermasalah lumpuh kerana stroke
4. Mampu merawat sakit Asma/ Lelah
5. Penahan sakit tanpa rasa mengantuk dan tidak menyebabkan ketagihan
6. Bahan penahan gatal (anti-hestimin) alergi pada makanan laut
7. Sangat baik dan berkesan untuk sakit sendi, otot, rheumatik, arthritis dan anti-radang
8. Mempercepatkan pemulihan tenaga dan mengelak keletihan
9. menyembuhkan Ulcer gastrik dan pendarahan usus
10. mengurangkan simptom buasir dan pendarahan
11. meredakan resdung/sinus
12. Melancarkan perjalanan darah dan membantu menurunkan tekanan darah
13. Merangsang kecantikan kulit sambil memperlahankan kedut pada kulit (awet muda)
14. Mengawal kencing manis (mengurangkan paras gula dalam darah)
15. Mengatasi masalah sakit dada, kudis dan sakit belakang
16. membantu penghadaman
17. Meningkatkan kecerdasan minda dan membantu tumbesaran kanak2
18. Sangat baik untuk melancarkan fungsi buah pinggang
19. Membantu masalah batu karang
20. Mengawal nafsu makan dan membantu memecahkan lemak badan dan membantu menurunkan berat badan

Bahan Kandungan :-
Madu Asli, Kismis, Buah Tin, Kurma Merah, Habbatus Sauda, Buah Zaitun, Dong Quai, Dang Shen, Ubi Jaga dan lain-lain herba terpilih.
Cara Pengambilan :
Sila bertanya dengan Kak Az kerana setiap penyakit ada cara penggunaanya. Makan 2 sudu sebelah pagi, 2 sudu sebelah malam bagi rawatan biasa.
Sila gunakan sudu PLASTIK .

HARGA WM: RM45.00 | EM: RM49.50 | BRU: $25.50 | S'PORE: $24.50
KOS PENGHANTARAN : RM6.00
290 GM

Nu-age



Apakah adunan di dalam NuAge?

Diadun daripada sumber makanan asli mewah yang menakjubkan, iaitu sumber marin (polysakarida, collagen, protein, chondroitins, elastin, karbohidrat dan lain-lain), ekstrasi dari buah anggur (grape) dan sayuran terpilih. Tanpa bahan kimia, suci dan halal.

Kesan Kecantikan
• Mengaktifkan serta membina sel-sel awet muda
• Mengawal bentuk badan• Membantu memecahkan lemak
• Menghaluskan, menegang, melembap kulit
• Mencerahkan lebam bawah mata
• Mengatasi jerawat atau jeragat akibat hormon tidak stabil
• Mengatasi masalah kutil
• Mengatasi masalah pori-pori terbuka
• Mengatasi masalah bibir mudah pecah
• Mengatasi masalah kulit tangan dan kaki pecah
• Mengatasi masalah kuku mudah pecah
• Membantu merawat kulit muka yang rosak kerana penggunaan skincare yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya

Kesan Kesihatan
• Membuang toksin dalam tubuh
• Membantu memulihkan luka luaran dan dalaman
• Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
• Membantu mengawal darah tinggi
• Mampu membersih dan membina kolon/usus
• Membantu proses penghadaman
• Membantu mengatasi masalah berak berdarah
• Membina, membersih dan melancarkan peredaran haid yang tidak teratur
• Mengawal/melambatkan proses menopous
• Sesuai untuk senggugut
• Membantu mengatasi masalah kerap keguguran
• Membantu mengatasi masalah kencing tak lawas
• Membantu mengatasi masalah kerap kena bisul
• Menguatkan akar rambut
• Meningkatkan daya ingatan
• Memulihkan daya tidur
• Sesuai untuk buasir, migrain, batu karang, gastrik, ulser, jantung berlubang dan lain-lain kekurangan jantung
• Meningkatkan stamina

Q-she

Pemakanan/penggunaan produk-produk berasaskan Pueraria Mirifica adalah supplemen untuk kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara semulajadi pada tubuh. Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormone, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin anda perolehi dari produk-produk lain. Tak perlu lagi menyeksa diri dengan suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untuk menjadi cantik dan jelita.
Bertindak dari dalam untuk menerlahkan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki, dalam dan luar. Anda pasti kagum dan berpuashati dengan hasilnya.

Pueraria Mirifica
Ramai di kalangan kita tidak tahu apa itu estrogen. Estrogen merupakan sejenis hormon yang dihasil dari dalam badan kita. Keupayaan dan tahap pengeluarannya mempengaruhi pembentukan badan seseorang perempuan semasa awal baligh iaitu antara 9-12 tahun. Selepas itu, penghasilan estrogen dalam tubuh akan terhenti dan hanya dihasilkan sekali dalam sebulan, iaitu semasa kedatangan haid. Jika tidak berwaspada, pengeluaran akan terus berhenti dan ini akan memungkinkan seseorang itu mendapat menopos awal atau terputus haid lebih awal dari jangkamasa yang sepatutnya.

Pengeluaran yang tidak stabil akan menjadikan pertumbuhan bentuk badan menjadi tergendala dan terbantut, seperti payudara yang terlalu kecil dari saiz badan dan saiz yang berlainan antara satu sama lain.
Pueraria Mirifica, adalah satu-satunya tumbuhan Anugerah Tuhan yang boleh membantu menyeimbangkan penghasilan dan pengeluaran hormon manusia. Terdapat 13 jenis spesies di dalam keluarga pueraria. Dari kajian yang dijalankan oleh beberapa saintis sejak di awal abad ke 19 lagi, mendapati bahawa Pueraria Mirifica merupakan yang nombor satu jika dibandingkan dengan jenis-jenis keluarga pueraria yang lain. Manakala, keluarga pueraria yang lain langsung tidak sesuai dan tidak digalakkan.

Pueraria Mirifica hanya tumbuh dan terdapat di utara Thailand. Berbanding dengan keluarga pueraria yang lain, yang juga tumbuh di beberapa negara asia yang lain termasuk Filipina dan Indonesia. Namun ianya tidak memberi sebarang kesan yang memberangsangkan dan tidak standing dengan Pueraria Mirifica dari Thailand.
Tumbuhan yang telah sekian lama wujud sejak beratus-ratus tahun ini mula mendapat tempat di pasaran global dan menjadi kegilaan kepada pengeluar untuk dikomersialkan.
Antara kebaikannya adalah :-

KULIT-
menganjalkan kulit yang telah melendut- menegangkan dan menghaluskan struktur kulit- mengurangkan garis-garis halus- mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit- menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri- menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak- melembutkan kulit- kulit kurang kasar dan kering- merawat jerawat dari dalam- mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan- mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata- melambatkan proses penuaan secara berkesan

KUKU
- mencegah kuku dari menjadi lemah dan rapuh- menguatkan kuku agar tidak mudah merekah dan menyerpih- meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat- kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat

RAMBUT
- mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya- mengawal rambut dari menjadi rapuh dan bercabang- menggalakkan pertumbuhan rambut baru- mengawal keguguran rambut- melambatkan penuaan rambut dan mengawal rambut dari beruban- menjadikan rambut lebih sihat, bersinar, beralun dan hitam berkilat

BADAN
- melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak- membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh- mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan

PAYUDARA DAN PUNGGUNG
- mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur- memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat- membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut- menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara- menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang ketara- mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara- mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi, sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari

RAHIM DAN VAGINA
- mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal- merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim- merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur- melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan- menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)- menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi- menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suamiKeistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya. Juga sesuai kepada mereka yang belum berkahwin

KESIHATAN
- menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)- mencegah dan mengurangkan penyakit migrain- membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopos dan osteophorosis- mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi - mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dan lain-lain- menghalang ”mood swing” akibat kekurangan estrogen dalam tubuhJika tahap hormon di dalam badan semakin merosot, MAKA….
Akibat dari penurunan tahap kolagen dan serangan radikal bebas melemahkan dan mengurai serat kolagen di dalam epidermis. Pengurangan proteoglikan juga telah mengakibatkan serat kolagen jadi tidak sekata dan terganggu. Ini mengakibatkan kulit hilang keanjalan dan struktur kulit terjejas menyebabkan keadaan kulit jadi melendut dan garis-garis serta kedutan akan terbentuk.

Peningkatan kadar hormon estrogen akan menggalakkan peningkatan proteoglikan supaya dapat mengekalkan kalgen dalam susunan yang sekata, ini menjadikan keadaan kulit kembali anjal dan dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan. Sebanyak 75% daripada tisu kulit manusia terdiri daripada kolagen yang penting untuk mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit. Kolagen berperanan besar dalam menjadikan kulit licin, anjal dan berseri, seperti semasa kulit kita di usia remaja.

Namun, penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Masalah kulit kering, tidak bermaya, berkedut, dan melendut, keguguran rambut dan tidak bermaya, kuku yang lemah dan mudah rapuh, adalah disebabkan oleh pengurangan tahap kolagen dalam badan.

Penurunan kolagen juga menyebabkan kehilangan jisim badan tanpa lemak yang mengakibatkan penurunan metabolisma badan, maka peningkatan berat badan tanpa peningkatan di dalam pengambilan makanan akan terjadi. Semua ini disebabkan oleh kemerosotan tahap hormon di dalam badan.

Akibat dari kemerosotan dan kekurangan penghasilan kadar estrogen di dalam badan kerana semakin meningkatnya usia, akan merubah bentuk badan seseorang wanita. Selain dari faktor usia, melahirkan anak dan cara pemakanan juga menjadi antara penyebab utama kepada perubahan bentuk badan manusia.

PERINGATAN :-
Q-SHE TIDAK BOLEH DIMAKAN SEMASA DATANG HAID DAN SEMASA MENGANDUNG. MAKAN 3 BIJI SEBELUM TIDUR. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.

HARGA : WM RM68.00 EM75.00 BRU B$38.50 S'PORE $37.00POSLAJU : RM6.00
42 KAPSUL2-3 BIJI TIAP MALAMMAL06081325TC

Design by Blogger Templates